Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

65. Tuntutan tanpa kebenaran bahawa paten telah dipohon

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang membuat representasi bahawa suatu paten telah dipohon berkenaan dengan mana-mana artikel yang dilupuskan dengan mengharapkan balasan berharga olehnya dan—

(a)

tiada permohonan seperti itu telah dibuat, atau

(b)

apa-apa permohonan seperti itu telah ditolak atau ditarik balik, adalah melakukan satu kesalahan dan, tertakluk pada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2)

Perenggan (1)(b) tidak terpakai sekiranya representasi dibuat atau berterusan dibuat sebelum habis suatu tempoh yang bermula dengan penolakan atau penarikan balik dan yang semunasabahnya cukup untuk membolehkan orang tersebut mengambil langkah-langkah untuk mempastikan bahawa representasi itu adalah tidak dibuat atau tidak berterusan dibuat.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang yang dengan mengharapkan balasan berharga melupuskan sesuatu artikel yang telah dicap, diukir atau ditera padanya atau dengan cara lain digunakan padanya perkataan “paten dinantikan” atau apa-apa perkara yang menyatakan atau mensiratkan bahawa suatu paten telah dipohon

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

berkenaan dengan artikel itu, hendaklah dikira sebagai menggambarkan yang suatu paten telah dipohon berkenaan dengan artikel itu.

(4)

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, maka adalah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang untuk membuktikan bahawa dia telah menggunakan usaha yang wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.

Report

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules