67. Section 67
Feedback & supportApabila suatu kesalahan di bawah Akta ini yang telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan terbukti telah dilakukan dengan dipersetujui atau dibiarkan oleh, atau yang disebabkan oleh apa-apa kecuaian di pihak, seseorang pengarah,
Paten 73
pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa bagi pertubuhan perbadanan itu, atau mana-mana orang yang berupa sebagai dikatakan bertindak atas mana-mana sifat yang sedemikian itu, maka dia, serta juga pertubuhan perbadanan itu, adalah melakukan kesalahan itu dan boleh didakwa dan dihukum dengan sewajarnya sebagaimana diperuntukkan oleh Akta.
Apabila hal ehwal sesuatu pertubuhan perbadanan diuruskan oleh ahli-ahlinya, subseksyen (1) adalah terpakai berhubung dengan tindakan dan keingkaran seseorang ahli berkaitan dengan fungsinya mengenai pengurusan seolah-olah dia adalah seorang pengarah bagi suatu pertubuhan perbadanan.