Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bab I · Bab I Triti;
78G. Pemfailan permohonan antarabangsa
Feedback & supportSesuatu permohonan antarabangsa hendaklah difailkan dengan mengemukakan kepada Pejabat Pendaftaran Paten suatu permintaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama perihalan, satu tuntutan atau lebih, lukisan, jika ada, dan suatu abstrak dalam bentuk yang ditentukan dalam Triti.
Suatu permohonan antarabangsa hendaklah difailkan dalam bahasa Inggeris.
Permintaan itu hendaklah mengandungi—
suatu petisyen yang memohon supaya permohonan antarabangsa itu diproses mengikut Triti;
penetapan Negara atau Negara-Negara di mana perlindungan bagi reka cipta itu diminta;
nama, kerakyatan dan tempat tinggal pemohon;
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
nama dan tempat perniagaan ejen pemohon, jika ada;
tajuk reka cipta; dan
nama dan alamat pereka cipta.
Suatu permohonan antarabangsa yang telah diberi tarikh pemfailan antarabangsa hendaklah mempunyai kesan permohonan paten di bawah Akta ini jika permohonan itu menetapkan Malaysia bagi maksud mendapatkan paten di bawah Akta ini dan tarikh pemfailan antarabangsa hendaklah dianggap sebagai tarikh pemfailan bagi maksud Bahagian IVA dan VI.