Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bab I · Bab I Triti;

78O. Memasuki fasa nasional

Feedback & support
(1)

Jika dalam sesuatu permohonan antarabangsa, pemohon menetapkan Malaysia bagi maksud mendapatkan paten di bawah Akta ini, pemohon itu hendaklah, sebelum tamat tempoh tiga puluh bulan dari tarikh prioriti—

(a)

mengemukakan kepada Pejabat Pendaftaran Paten suatu salinan permohonan antarabangsa dalam bahasa Inggeris;

dan

(b)

membayar fi yang ditetapkan.

(1A)

Jika pemohon menetapkan

Malaysia bagi maksud mendapatkan paten di bawah Akta ini bagi permohonan antarabangsa yang melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon itu atau mana-mana orang lain dengan

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa

Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan antarabangsa itu.

(2)

Pejabat Pendaftaran Paten tidak boleh memeriksa permohonan antarabangsa yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) sebelum tamat tempoh tiga puluh bulan dari tarikh prioriti.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Pejabat Pendaftaran Paten boleh, atas permintaan pemohon, memeriksa permohonan antarabangsa itu sebelum tamat tempoh tiga puluh bulan dari tarikh prioriti, jika pemohon telah—

(a)

mengemukakan kepada Pejabat Pendaftaran Paten suatu salinan permohonan antarabangsa dalam bahasa Inggeris;

dan

(b)

membayar fi yang ditetapkan dalam subseksyen (1).

Paten 87

(4)

Jika pemohon tidak mematuhi kehendak subseksyen (1), permohonan antarabangsa itu hendaklah dianggap telah ditarik balik bagi maksud Akta ini dan Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon bahawa permohonan antarabangsanya dianggap telah ditarik balik.

(5)

Apa-apa permohonan yang telah memasuki fasa nasional hendaklah mematuhi kehendak Akta ini.

78OA.

Menghidupkan semula

(1)

Jika suatu permohonan antarabangsa dianggap telah ditarik balik di bawah seksyen 78O, pemohon boleh, secara bertulis, memohon kepada Pejabat Pendaftaran Paten untuk menghidupkan semula permohonan antarabangsa dengan—

(a)

mengemukakan kepada Pejabat Pendaftaran Paten suatu salinan permohonan antarabangsa dalam bahasa Inggeris dan membayar fi yang ditetapkan dalam subseksyen 78O(1);

(b)

mengemukakan suatu pernyataan bertulis menyatakan sebab kegagalan untuk mematuhi subseksyen 78O(1) dan suatu akuan atau keterangan lain bagi menyokong sebab kegagalan sedemikian; dan

(c)

membayar fi yang ditetapkan.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam mana-mana tempoh yang berikut yang luput dahulu:

(a)

dua bulan dari tarikh penyingkiran sebab kegagalan untuk mematuhi had masa yang diperuntukkan dalam subseksyen 78O(1); atau

(b)

dua belas bulan dari tarikh tamat tempoh had masa yang diperuntukkan dalam subseksyen 78O(1).

(3)

Jika Pejabat Pendaftaran Paten berpuas hati bahawa kegagalan oleh pemohon untuk mematuhi kehendak subseksyen 78O(1) adalah tidak disengajakan,

Pejabat

Pendaftaran

Paten hendaklah

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

menghidupkan semula hak pemohon berkenaan dengan permohonan antarabangsa itu.

(4)

Jika Pejabat Pendaftaran Paten tidak berpuas hati bahawa kegagalan oleh pemohon untuk mematuhi kehendak subseksyen 78O(1) adalah tidak disengajakan, Pejabat Pendaftaran

Paten hendaklah memberitahu pemohon bahawa ia berhasrat untuk menolak permohonan itu dan memberi peluang kepada pemohon untuk membuat representasi bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu.

(5)

Selepas mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemohon di bawah subseksyen (4), Pejabat Pendaftaran Paten hendaklah memutuskan sama ada untuk menghidupkan semula permohonan antarabangsa itu atau menolak permohonan untuk menghidupkan semula itu dan memberitahu pemohon tentang keputusannya.

Report

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules