Skip to content

Seksyen 43B

Penyampaian pemberitahuan atau dokumen

of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972

ActIn forceProvision 76 of 84
Seksyen 43B
(1)

Apa-apa pemberitahuan atau dokumen yang dikehendaki supaya diberikan atau disampaikan di bawah Akta ini boleh dihantar melalui pos berdaftar bayar dahulu kepada orang yang kepadanya pemberitahuan atau dokumen itu dikehendaki supaya diberikan atau disampaikan.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1), jika sesuatu pemberitahuan atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu, pemberitahuan atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang yang kepadanya pemberitahuan atau dokumen itu dialamatkan pada hari yang mengikuti hari pemberitahuan atau dokumen itu sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos, jika pemberitahuan atau dokumen itu dialamatkan ke alamat yang dibenarkan bagi orang yang kepadanya pemberitahuan atau dokumen itu diniatkan untuk dihantar.