Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
48. Peruntukan peralihan dan kecualian
Feedback & supportPeruntukan peralihan dan kecualian yang berikut hendaklah berkuat kuasa walau apa pun peruntukan seksyen 47 atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.
Segala perintah, arahan, pelantikan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah peruntukan Ordinan dan Enakmen yang telah dimansuhkan oleh Akta ini dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan itu, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh ia tamat.
Jika apa-apa lesen telah diberikan kepada mana-mana pemegang pajak gadai di bawah sesuatu Ordinan atau Enakmen yang telah dimansuhkan oleh Akta ini atau apa-apa kontrak telah dibuat di bawahnya, lesen atau kontrak itu hendaklah berkuat kuasa sehingga tarikh ia tamat walaupun Ordinan atau Enakmen itu telah dimansuhkan oleh Akta ini.
Pemegang Pajak Gadai 55