Skip to content

Seksyen 43C

Kuasa untuk mengkompaun

of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972

ActIn forceProvision 77 of 84
Seksyen 43C
(1)

Pendaftar atau mana-mana Inspektor yang diberi kuasa secara khusus dengan bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Pendaftar boleh, dengan persetujuan Pendakwa

Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menyetujui terima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu dan yang kepadanya suatu tawaran untuk mengkompaun telah dibuat suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimun bagi kesalahan itu.

(2)

Sesuatu tawaran untuk mengkompaun di bawah subseksyen

(1)

boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran untuk mengkompaun itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Inspektor yang diberi kuasa secara khusus di bawah subseksyen (1), pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas tempoh itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 52

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh, dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (3), dimulakan berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu telah dibuat.

(5)

Kesemua wang yang dibayar kepada Pendaftar atau kepada

Inspektor yang diberi kuasa secara khusus di bawah subseksyen

(1)

hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.