Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2019Read it in English

Bahagian II · Hak untuk Berhimpun Secara Aman dan Tanpa Senjata

4. Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan

Feedback & support
(1)

Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a)

seseorang bukan warganegara;

(b)

perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

(c)

(Dipotong oleh Akta A1600);

Perhimpunan Aman 11

(d)

berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

(e)

berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

(2)

Seseorang melakukan suatu kesalahan jika—

(a)

sebagai seorang bukan warganegara, dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan;

(b)

dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

(c)

(Dipotong oleh Akta A1600);

(d)

sebagai seorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, dia menganjurkan suatu perhimpunan;

(e)

sebagai seorang kanak-kanak, dia menyertai suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; atau

(f)

dia merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak untuk menghadiri suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(a), (b), (d) atau (e) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(4)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian III

Tanggungjawab Penganjur, Peserta dan Polis

Bahagian IV

Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules