Peaceful Assembly Act 2012 · Updated to 1 Dec 2019 · Bahagian V · Penguatkuasaan
20. Kuasa menangkap
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap mana-mana penganjur atau peserta—
(a)
yang, semasa perhimpunan, enggan atau tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat di bawah seksyen 15;
(b)
yang, semasa perhimpunan, ada dalam milikannya apa-apa senjata; atau
(c)
yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua.
(2)
Pegawai polis itu hendaklah, sebelum menjalankan kuasa menangkap di bawah seksyen ini, mengambil langkah-langkah yang
Perhimpunan Aman 21
perlu untuk memastikan pematuhan secara sukarela oleh penganjur atau peserta.