Peaceful Assembly Act 2012 · Updated to 1 Dec 2019 · Bahagian III · Tanggungjawab Penganjur, Peserta dan Polis
6. Tanggungjawab penganjur
Feedback & supportSeseorang penganjur hendaklah memastikan bahawa sesuatu perhimpunan mematuhi
Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Bagi maksud subseksyen (1), penganjur hendaklah—
memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;
memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian suatu perhimpunan adalah mengikut pemberitahuan perhimpunan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) dan apa-apa sekatan dan syarat yang boleh dikenakan di bawah seksyen 15;
melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur;
Perhimpunan Aman 13
bekerjasama dengan pihak berkuasa awam;
memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar;
memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya;
memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan; dan
dalam hal perhimpunan serentak atau perhimpunan balas, memastikan bahawa penganjuran perhimpunan itu tidak diniatkan untuk menghalang secara spesifik perhimpunan yang satu lagi daripada diadakan atau mengganggu penganjuran perhimpunan itu.