Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2019 · 6 parts
Peaceful Assembly Act 2012
Feedback & supportThe right to assemble peaceably and without arms, and its restrictionsBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta ini tidak terpakai bagi—
suatu perhimpunan yang merupakan suatu kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5];
dan
suatu perhimpunan yang merupakan mogok, sekat masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967
[Akta 177] dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262].
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 736
s 2Matlamat
Matlamat Akta ini adalah untuk memastikan—
selagi wajar untuk berbuat demikian, bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan perhimpunan atau untuk menyertai perhimpunan, secara aman dan tanpa senjata; dan
bahawa penggunaan hak untuk menganjurkan perhimpunan atau untuk menyertai perhimpunan, secara aman dan tanpa senjata, adalah tertakluk hanya kepada sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat dalam suatu masyarakat demokrasi demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
s 3Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hak dan kebebasan orang lain” termasuklah—
hak untuk menikmati secara aman harta bendanya;
hak kepada kebebasan bergerak;
hak untuk menikmati persekitaran semula jadi; dan
hak untuk menjalankan perniagaan;
“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“kanak-kanak” ertinya seseorang di bawah umur lima belas tahun;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
Perhimpunan Aman 9
“orang yang mempunyai kepentingan” ertinya seseorang yang tinggal, bekerja atau menjalankan perniagaan atau memiliki atau mempunyai harta kediaman atau komersial di sekitar atau di tempat perhimpunan;
“penganjur” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi penganjuran suatu perhimpunan, termasuk mengaturkan, mengadakan, mengumpulkan atau membentuk perhimpunan, atau yang bertanggungjawab bagi pengendalian perhimpunan;
“perhimpunan” ertinya suatu perhimpunan sesuatu bilangan orang yang disengajakan dan sementara di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak perhimpunan itu diadakan di suatu tempat tertentu atau bergerak;
“perhimpunan balas” ertinya suatu perhimpunan yang dianjurkan untuk menyampaikan pertentangan terhadap maksud yang baginya suatu perhimpunan lain dianjurkan, dan diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama atau lebih kurang sama dengan perhimpunan yang lain itu;
“perhimpunan serentak” ertinya dua perhimpunan atau lebih yang diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama, tetapi tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain;
“peserta” ertinya seseorang yang dengan sengaja atau rela hadir bagi maksud suatu perhimpunan;
“senjata” ertinya apa-apa senjata api, amunisi, bahan letupan, bahan kikis, bahan yang merosakkan atau memudaratkan, kayu, batu, atau apa-apa senjata atau objek yang, oleh sebab sifatnya, boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan atau menyebabkan kecederaan kepada orang, atau kerosakan kepada harta;
“tempat awam” ertinya—
jalan;
tempat yang terbuka kepada atau yang digunakan oleh orang awam sebagai suatu hak; atau
tempat yang sedang terbuka kepada atau yang digunakan oleh orang awam, sama ada atau tidak—
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 736
tempat itu pada kebiasaannya terbuka kepada atau digunakan oleh orang awam;
dengan persetujuan nyata atau tersirat pemunya atau penghuni; atau
dengan bayaran wang;
“tempat larangan” ertinya—
kawasan larangan dan tempat larangan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959
[Akta 298]; dan
tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“tempat perhimpunan” ertinya tempat di mana perhimpunan diadakan dan berhubung dengan perarakan, termasuklah suatu tempat di mana atau yang melaluinya perhimpunan itu dicadangkan akan berhenti atau lalu;
“tempat perhimpunan yang ditetapkan” ertinya suatu tempat yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 25.
Bahagian II
Hak untuk Berhimpun Secara Aman dan Tanpa Senjata
Bahagian III
Tanggungjawab Penganjur, Peserta dan Polis
Bahagian IV
Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan
Bahagian V
Penguatkuasaan
Bahagian VI