Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian II · Perbadanan

11. Penzahiran kepentingan

Feedback & support
(1)

Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga yang mempunyai apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa itu kewujudan kepentingannya itu dan sifat kepentingan itu.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan di dalam minit Lembaga atau jawatankuasa itu.

(3)

Apabila penzahiran di bawah subseksyen (1) dibuat, anggota itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum

Lembaga atau jawatankuasa itu, berhubung dengan perkara itu.

(4)

Seseorang anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(5)

Tiada perbuatan atau prosiding Lembaga atau sesuatu jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa itu telah melanggar peruntukan seksyen ini.

16

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian III

Pendaftaran dan Levi Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja.

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah dengan serta-merta naik kepada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja.

Bahagian IV

Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules