Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian II · Perbadanan
9. Jawatankuasa
Feedback & supportSebagai tambahan kepada peruntukan yang terkandung dalam
Memorandum dan Artikel Persatuan, Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Lembaga atau orang yang bukan anggota Lembaga atau gabungan kedua-duanya untuk menasihati atau membantu Lembaga mengenai perkara yang berkenaan dengan fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut, dan Lembaga boleh mewakilkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang boleh dikenakannya, mana-mana fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut kepada mana-mana jawatankuasa itu.