Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian II · Perbadanan

8. Anggota silih ganti

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Lembaga selain Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Eksekutif dan anggota yang dilantik di bawah subseksyen 7(2), melantik seseorang menjadi anggota silih ganti untuk hadir sebagai ganti anggota itu pada mesyuarat Lembaga yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu atas apa-apa sebab.

(2)

Apabila menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

(3)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.

Report

Bahagian III

Pendaftaran dan Levi Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja.

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah dengan serta-merta naik kepada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja.

Bahagian IV

Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia

Bahagian V

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules