Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti
41. Penalti bagi percubaan untuk memperoleh atau memperoleh wang atau faedah melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan
Feedback & supportMana-mana orang yang—
(a)
cuba untuk memperoleh apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan; atau
(b)
memperoleh apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.