Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti
45. Tanggungan bersesama dan berasingan bagi pengarah, dsb
Feedback & supportJika apa-apa levi masih tidak dibayar oleh seseorang majikan yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain, pengarah pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu dalam tempoh levi kena dibayar, atau dalam hal sesuatu firma, pekongsi firma itu, termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam tempoh levi kena dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah berserta dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu bertanggungan bersesama dan berasingan bagi levi yang terhutang dan kena dibayar kepada Perbadanan.
36
Undang-Undang Malaysia