Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti
44. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau badan lain
Feedback & supportJika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain—
mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain atau pekongsi dalam pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu; atau
berupa bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah, bersama dengan pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu berlaku.