Seksyen 59
Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
of Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, baik pemansuhan
Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidaklah menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding
(sama ada sivil atau jenayah) atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Majlis atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Majlis seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.