Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian VIII · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

54. Keberterusan undang-undang, dsb

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala undang-undang bertulis, perintah, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang menyentuh atau bagi perlindungan Majlis dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini, terus berkuat kuasa pada dan selepas tarikh yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan; dan apa-apa sebutan di dalamnya mengenai

Majlis hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2)

Segala perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, setakat yang perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan itu selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah, arahan pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan itu digantikan, dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini.

Pembangunan Sumber Manusia Berhad 39

Report