Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian VIII · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan
61. Pegawai dan pekhidmat Majlis
Feedback & support(1)
Perbadanan hendaklah menerima ke dalam penggajiannya pada tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu ialah seorang pegawai atau pekhidmat Majlis dan yang telah diberi pilihan oleh Majlis dan telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan.
(2)
Tiap-tiap orang yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.