Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian X
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pentadbir Khas, Perbadanan dan mana-mana orang lain adalah berhak untuk mendapatkan tanggung rugi daripada harta orang terjejas bagi—
72 Undang-Undang Malaysia
dalam hal Pentadbir Khas, kos, perbelanjaaan dan saraannya sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan;
dalam hal Perbadanan, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh Perbadanan kepada
Pentadbir Khas atau orang terjejas semasa pentadbiran orang terjejas itu;
dalam hal mana-mana orang lain, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh orang itu kepada Pentadbir Khas atau orang terjejas semasa pentadbiran orang terjejas itu dengan kelulusan
Perbadanan.
Walau apa pun apa-apa undang-undang lain, suatu hak tanggung rugi di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai keutamaan ke atas aset orang terjejas dan hendaklah dibayar dahulu berbanding dengan semua hutang bercagar dan tidak bercagar yang lain.