Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian X

68. Kuasa untuk membuat peraturan

(1)

Menteri boleh, atas syor Perbadanan, membuat apa-apa peraturan yang suaimanfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan

Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan —

(a)

borang (termasuk borang pemberitahuan, notis dan perakuan) bagi maksud Akta ini; dan

(b)

apa-apa perkara lain yang diberi kuasa atau dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau suaimanfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.

Report