Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian X
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana undang-undang, suatu perintah mahkamah tidak boleh diberikan—
bagi menggantung, menyekat atau menyentuh kuasa
Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau
Penasihat Bebas di bawah Akta ini;
bagi menggantung, menyekat atau menyentuh apa-apa tindakan yang diambil, atau dicadangkan untuk diambil, oleh Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir Khas atau
Penasihat Bebas di bawah Akta ini;
bagi memaksa Perbadanan, Jawatankuasa Selia, Pentadbir
Khas atau Penasihat Bebas untuk melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan,
76 Undang-Undang Malaysia dan apa-apa perintah sedemikian, jika diberikan, adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak boleh menjadi hal perkara apa-apa proses pelaksanaan sama ada bagi maksud memaksa pematuhan kepada perintah itu atau selainnya.
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 77