Seksyen 25
Pemegang lesen yang bertanggungjawab hendaklah–
(a)
membekalkan bekas untuk premis yang ditentukan oleh Perbadanan;
(b)
membaiki atau menggantikan bekas bagi mana-mana premis jika bekas itu rosak disebabkan oleh penggunaan biasa, haus dan lusuh, atau akibat pengosongan atau pergerakan bagi pemungutan;
(c)
menandakan setiap bekas bagi maksud pengenalan mengikut arahan
Perbadanan;
(d)
memaklumkan secara bertulis kepada pemunya atau penghuni premis bertanah atau badan pengurusan harta bersama mengenai jadual pemungutan; dan
(e)
menyediakan dan mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat tambahan mengenai pemungutan dan penghantaran sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.