Malaysia legislation

Section 27

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 27

(1)

Jika premis bertanah atau bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah disediakan dengan bekas sisa individu dan bekas sisa individu itu terlebih diisi dengan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau sisa sedemikian dilonggokkan, sepenuhnya atau sebahagiannya, bersebelahan dengan bekas sisa individu itu, pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah memungut sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah itu dan mengeluarkan notis kepada–

(a)

pemunya atau penghuni premis bertanah; atau

(b)

pemunya atau penghuni bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah, berkenaan dengan caj pengisian terlebih bekas sisa individu itu dengan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau pelonggokkan sisa sedemikian, sepenuhnya atau sebahagiannya, bersebelahan dengan bekas sisa individu itu.

(2)

Apabila berulangnya pengisian terlebih bekas sisa individu dengan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau pelonggokkan sisa sedemikian, sepenuhnya atau sebahagiannya, bersebelahan dengan bekas sisa individu di bawah subperaturan (1), Perbadanan boleh membenarkan pemegang lesen yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan suatu invois bagi pengisian terlebih atau pelonggokkan sedemikian.

(3)

Apabila invois di bawah subperaturan (2) diterima–

(a)

pemunya atau penghuni premis bertanah itu; atau

P.U. (A) 307 27

(b)

pemunya atau penghuni bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah itu, hendaklah membayar kepada pemegang lesen yang bertanggungjawab caj sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi pengisian terlebih bekas sisa individu itu dengan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau pelonggokkan sisa sedemikian, sepenuhnya atau sebahagiannya, bersebelahan dengan bekas sisa individu itu.

(4)

Pembayaran caj di bawah subperaturan (3) hendaklah dibuat secara tunai atau dalam apa-apa bentuk yang lain yang diterima oleh pemegang lesen yang bertangungjawab dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan invois itu.

(5)

Apabila bayaran caj di bawah subperaturan (3) diterima, pemegang lesen yang bertanggungjawab hendaklah mengeluarkan suatu resit kepada–

(a)

pemunya atau penghuni premis bertanah itu; atau

(b)

pemunya atau penghuni bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah itu.

Tumpahan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah, bahan larut resap, dsb.