Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(1)
Semasa memberikan perkhidmatan pemungutan, pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah memastikan bahawa tiada tumpahan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau bahan larut resap berlaku di kawasan sekitar bekas atau kenderaan pungutan sisa.
(2)
Jika berlaku apa-apa tumpahan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau bahan larut resap di bawah subperaturan (1), pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah membersihkan kawasan tumpahan sisa atau bahan larut resap itu dengan serta-merta.
P.U. (A) 307 28
(3)
Semasa pemampatan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah di dalam kenderaan pungutan sisa yang digunakan bagi perkhidmatan pemungutan dan pengangkutannya, pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan itu hendaklah memastikan bahawa tiada tumpahan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau bahan larut resap dari kenderaan pungutan sisa itu.
(4)
Jika berlaku apa-apa tumpahan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah atau bahan larut lesap semasa pemampatan atau pengangkutan di bawah subperaturan (3), pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah membersihkan kawasan tumpahan sisa atau bahan larut resap itu dengan serta-merta.
(5)
Seseorang pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan yang melanggar subperaturan (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit