Skip to content

Seksyen 19

Kewangan

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 21 of 52
Seksyen 19
(1)

Perbelanjaan Perbadanan hingga sebanyak amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar dari Kumpulan Wang.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

(2)

Sebelum permulaan bulan September tiap-tiap satu tahun,

Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan bulan

November tahun tersebut, memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau amaun yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan.

(3)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu dimasukkan ke dalamnya.

Akta Badan-badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)

1980