Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 · Updated to 1 Aug 2013 · Bahagian IV · Kewangan
16. Kumpulan wang Perbadanan
Feedback & supportBagi maksud Akta ini maka adalah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dalam Akta ini disebut “Kumpulan Wang” untuk ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan−
yang ke dalamnya akan dimasukkan–
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau menjalankan apa-apa tugas dan kuasanya;
segala wang yang didapati oleh Perbadanan;
segala wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada
Perbadanan;
apa-apa fi atau lain-lain bayaran yang ditetapkan dan dipungut oleh Perbadanan; dan
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa jua cara kena dibayar atau diletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 23
yang bersampingan dengan tugas dan kewajipan dan kuasanya;
dan yang darinya akan dibayar–
segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan oleh Perbadanan pada menjalankan tugas dan kewajipannya;
wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberi kepada Perbadanan menurut kuasanya untuk meminjam; dan
apa-apa subsidi atau kemudahan kredit yang diberi oleh Perbadanan menurut kuasanya di bawah Akta ini.