Seksyen 27
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Seksyen 27
Tiada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau perbicaraan lain boleh dibawa atau diadakan terhadap mana-mana ahli Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan atau terhadap pegawai atau pekhidmat Perbadanan atas sifat dirinya sendiri berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan, ketinggalan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan mengenai peruntukan Akta ini.
(2)
Jika seseorang dikecualikan dari tanggungan semata-mata oleh sebab peruntukan seksyen ini, Perbadanan adalah bertanggungan hanya setakat ia akan bertanggungan sekiranya orang itu adalah ahli, pegawai, atau pekhidmat atau agen Perbadanan atau ahli jawatankuasa Perbadanan.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 35