Seksyen 21
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
ActIn forceProvision 23 of 52
Seksyen 21
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam ketiga-tiga aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem tetapi walau bagaimanapun ia boleh mengambil bahagian dalam salah satu daripada gabungan aktiviti yang berikut−
(a)
mengeluar dan mengedar; atau
(b)
mengeluar dan mempamer; atau
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 25
(c)
mengedar dan mempamer, filem-filem.
(2)
Subseksyen (1) tidak boleh, dengan apa jua cara, diertikan sebagai menghalang seseorang daripada mengambil bahagian hanya dalam salah satu daripada aktiviti mengeluar, mengedar atau mempamer filem.