Seksyen 9
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Seksyen 9
Perbadanan boleh melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang boleh diberi apa jua gelaran, dan mana-mana pegawai atau pekhidmat lain yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini dan bagi menjalankan hal ehwalnya dengan cekap.
(2)
Pelantikan ketua pegawai eksekutif hendaklah dibuat dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu dan gelaran yang diberi kepadanya hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3)
Jika dalam masa sesuatu tempoh, ketua pegawai eksekutif tidak dapat menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan jawatannya oleh kerana sesuatu sebab, Perbadanan boleh, dengan kelulusan
Menteri terlebih dahulu, melantik mana-mana orang lain yang layak dan wajar untuk bertindak sedemikian.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 244
Kewajipan ketua pegawai eksekutif