Skip to content

Seksyen 10

Ketua Pegawai Eksekutif

of Akta Perbadanan Labuan 2001

ActIn forceProvision 10 of 39
Seksyen 10
(1)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan

Perbadanan;

(b)

pelaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan;

dan

(c)

pelaksanaan keputusan Perbadanan dan arahan

Pengerusi.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan.

Perbadanan Labuan 15

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan mengikut arahan am

Perbadanan.

(6)

Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya,

Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa

Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.