Skip to content

Seksyen 11

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan

of Akta Perbadanan Labuan 2001

ActIn forceProvision 11 of 39
Seksyen 11
(1)

Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar, pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan.

(3)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri membuat peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan.