Skip to content

Seksyen 24

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

of Akta Perbadanan Labuan 2001

ActIn forceProvision 24 of 39
Seksyen 24
(1)

Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Perbadanan, untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh

Perbadanan pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya.

(2)

Peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).