Seksyen 25
Pengambilan tanah
of Akta Perbadanan Labuan 2001
Apabila mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan
Labuan, yang bukan tanah Kerajaan, perlu diambil oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini, tanah itu boleh diambil mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di
Wilayah Persekutuan Labuan yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Perbadanan, dan perisytiharan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu adalah suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
Perbadanan Labuan 21
(2)
Segala perbelanjaan dan pampasan yang kena dibayar bagi pengambilan apa-apa tanah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan.
(3)
Jika apa-apa tanah telah diambil di bawah seksyen ini,
Perbadanan hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan tanah itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang dikenakan atas tanah itu.