Seksyen 14
Ketua pegawai eksekutif
of Akta Perbadanan Putrajaya 1995
Presiden hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif
Perbadanan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan wajar oleh
Perbadanan dan Perbadanan hendaklah meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2)
Ketua Eksekutif adalah bertanggungjawab bagi —
(a)
penyediaan segala program, skim dan projek untuk pertimbangan Perbadanan;
(b)
pelaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan; dan
Perbadanan Putrajaya 15
(c)
penjalanan keputusan dan arahan Perbadanan.
(3)
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan.
(4)
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
(5)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Perbadanan.
(6)
Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk melaksanakan kewajipannya,
Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Perbadanan melaksanakan kewajipan Ketua Eksekutif semasa Ketua Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.