Skip to content

Seksyen 3

of Akta Perbadanan Putrajaya 1995

ActIn forceProvision 3 of 37

Seksyen 3

(1)

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Perbadanan Putrajaya” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan

Perbadanan Putrajaya 9

mengenainya yang terletak hak pada Perbadanan, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1168).