Skip to content

Seksyen 25

of Akta Perbadanan Putrajaya 1995

ActIn forceProvision 26 of 37

Seksyen 25

(1)

Perbadanan boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan kepada

Ketua Eksekutif mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan, sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, yang terletak hak pada atau dikenakan ke atas Perbadanan oleh Akta ini, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memperdapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 536

ditunaikan oleh Ketua Eksekutif, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Perbadanan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan-peruntukan lain dalam Akta ini, Perbadanan boleh mewakilkan kuasa kepada Ketua Eksekutif untuk membenarkan perbelanjaan daripada

Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Perbadanan sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Perbadanan.