Seksyen 15
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan
of Akta Perbadanan Putrajaya 1995
ActIn forceProvision 16 of 37
Seksyen 15
(1)
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang di bawah seksyen 16, Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar, sekian bilangan pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
(2)
Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Perbadanan.
Peraturan-peraturan mengenai syarat perkhidmatan