Skip to content

Seksyen 13

of Akta Perbadanan Putrajaya 1995

ActIn forceProvision 14 of 37

Seksyen 13

(1)

Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan lain Akta ini,

Presiden hendaklah melaksanakan apa-apa tugas yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mewakilkan kepada Presiden segala atau mana-mana fungsi yang terletak hak pada atau dikenakan ke atas Perbadanan oleh Akta ini dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Presiden atas nama dan bagi pihak Perbadanan.