Seksyen 32
Obligasi menyimpan rahsia
of Akta Perbadanan Putrajaya 1995
ActIn forceProvision 33 of 37
Seksyen 32
(1)
Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat Perbadanan boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut
Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Perbadanan Putrajaya 25