Seksyen 34
Benda yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat
of Akta Perbadanan Putrajaya 1995
Segala benda yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan pada menyediakan dan ke arah pelaksanaan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya
Akta ini, disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.
Kecualian