Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian II · Pentadbiran
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian II · Pentadbiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi pegawai diberi kuasa bagi maksud Akta ini.
Seseorang pegawai diberi kuasa apabila bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan [Akta 574].
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah memelihara kerahsiaan segala perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam melaksanakan tugas rasminya di bawah Akta ini dan tidak boleh menyampaikan apa-apa perkara itu kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang melanggar peruntukan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI