Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian IV · Mengawal Merebaknya Penyakit Berjangkit
10. Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiap-tiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, dan tiap-tiap orang yang menjaga, atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 342
menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit hendaklah, apabila dia tahu tentang wujudnya penyakit itu, memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir atau memberitahu ketua kampung yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.
Tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit berjangkit itu kepada Pegawai Kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, dalam borang yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Orang yang menjaga sesuatu rumah tumpangan hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang dalam rumah tumpangan itu menghidap atau telah mati akibat penyakit berjangkit.
Mana-mana pegawai polis atau ketua kampung yang menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah tahu tentang kewujudan penyakit berjangkit itu atau telah mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud, melainkan jika dia menunjukkan sehingga
Mahkamah di mana dia dipertuduh berpuas hati bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin boleh tahu tentang penyakit berjangkit itu dengan usaha yang berpatutan atau bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud.
Pencegahan dan Pengawalan 17
Penyakit Berjangkit
Bahagian V
Kesalahan dan Penalti
Bahagian VI