Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bilamana Ketua Pengarah berpendapat adalah perlu bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa merekuisisi sementara mana-mana premis selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah.
Jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), premis itu hendaklah dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dikembalikan kepada pemunyanya.
Jika mana-mana premis direkuisisi di bawah subseksyen (1), pemunyanya hendaklah dibayar pampasan yang dipersetujui di antara pemunya itu dengan Ketua Pengarah atau, jika tiada persetujuan, yang diputuskan melalui timbang tara menurut peruntukan *Akta Timbang
Tara 1952 [Akta 93].
Penyitaan dan pelupusan barang tercemar, dsb.