Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian III · Pencegahan Pembawaan Masuk Penyakit Berjangkit
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian III · Pencegahan Pembawaan Masuk Penyakit Berjangkit
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bilamana pemberitahuan diterima di bawah Peraturan-Peraturan
Kesihatan Antarabangsa bahawa terdapat suatu kawasan jangkitan di luar Malaysia, Menteri boleh melalui perintah dalam Warta mengisytiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan jangkitan bagi maksud Akta ini.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan lain di luar Malaysia sebagai kawasan jangkitan.
Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil untuk mencegah kemasukan apa-apa penyakit berjangkit dari sesuatu kawasan jangkitan.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI