Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian III · Pencegahan Pembawaan Masuk Penyakit Berjangkit
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian III · Pencegahan Pembawaan Masuk Penyakit Berjangkit
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
(1)
Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya membawa masuk ke dalam Malaysia atau membawa keluar dari Malaysia—
apa-apa mayat, tisu manusia atau apa-apa bahagiannya;
atau
apa-apa organisma atau bahan patogenik atau apa-apa bahagiannya, kecuali mengikut peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah dengan disedarinya membawa masuk atau membawa keluar mayat, tisu manusia, atau apa-apa bahagiannya atau organisma atau bahan patogenik itu atau apa-apa bahagiannya sehingga dibuktikan sebaliknya.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI