Skip to content
In forceUpdated to 12 Dec 2025Read it in English

Bahagian III · Pegawai

13. Tugas Komisioner Jeneral, Pengarah Penjara Negeri dan Pegawai yang Menjaga

Feedback & support
(1)

Komisioner Jeneral hendaklah—

(a)

secara berkala melawat dan memeriksa, atau menyebabkan supaya dilawati dan diperiksa, semua penjara di Malaysia;

(b)

menyelia dan mengawal semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana penjara, yang pentadbirannya adalah terletak hak padanya; dan

(c)

bertanggungjawab kepada Menteri bagi—

(i)

kelakuan dan pemerlakuan pegawai penjara dan banduan di bawah kawalannya;

(ii)

pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara atau banduan; dan

(iii)

banduan yang dipindahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVB.

(1A)

Tertakluk pada perintah Komisioner Jeneral, Pengarah

Penjara Negeri hendaklah bagi Negeri yang di bawah jagaannya—

(a)

menyelia dan mengawal Pegawai yang Menjaga, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti; dan

Penjara 19

(b)

bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral bagi—

(i)

pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti;

(ii)

pengawalseliaan apa-apa urusan yang berhubungan dengan Lembaga Hakim Pelawat;

(iii)

pengurusan perkara yang berhubungan dengan pengampunan banduan; dan

(iv)

pemindahan banduan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVB.

(2)

Tertakluk pada perintah Komisioner Jeneral, Pegawai yang

Menjaga hendaklah—

(a)

menyelia dan mengawal semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana penjara, yang pentadbirannya adalah terletak hak padanya; dan

(b)

bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral bagi—

(i)

kelakuan dan pemerlakuan pegawai penjara dan banduan di bawah kawalannya; dan

(ii)

pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara atau banduan.

(3)

Komisioner Jeneral boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai penjara—

(a)

tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Komisioner Jeneral; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

(b)

kecuali perkara yang berhubungan dengan pemindahan pegawai penjara, pembuatan dan pengeluaran Perintah

Tetap, dan apa-apa fungsi yang diwakilkan oleh

Suruhanjaya kepada Komisioner Jeneral menurut Fasal (6)

Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

Report

Bahagian IV

Jagaan dan Pengalihan Banduan

Bahagian V

Pekerjaan dan Tatatertib Penjara

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

Bahagian VIII

Bab

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Schedules