Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian III · Pegawai
14. Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian bagi penjara
Feedback & supportMenteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan kesihatan hendaklah, apabila hal keadaan membenarkan, melantik daripada kakitangan Kementerian Kesihatan seorang Pegawai Perubatan dan seorang Pegawai Pergigian bagi setiap penjara.
Jika hal keadaan tidak membenarkan suatu pelantikan di bawah subseksyen (1), maka Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan kesihatan boleh melantik mana-mana pengamal perubatan berdaftar atau mana-mana doktor pergigian berdaftar menjadi Pegawai Perubatan atau Pegawai
Pergigian bagi mana-mana penjara tertentu.
Pegawai yang
Menjaga hendaklah berurusan dengan
Kementerian Kesihatan atau jabatan kesihatan tempatan bagi pelaksanaan tugas seseorang Pegawai Perubatan atau Pegawai
Pergigian oleh seorang lain jika Pegawai Perubatan atau Pegawai
Pergigian itu tidak dapat melaksanakan tugasnya disebabkan oleh—
sakit;
ketiadaan buat sementara waktu; atau
apa-apa sebab lain.