Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian III · Pegawai
24. Bantuan polis semasa darurat
Feedback & support(1)
Komisioner Jeneral boleh, dalam sesuatu darurat atau bagi kepentingan keselamatan awam, meminta bantuan Polis Diraja
Malaysia.
(2)
Pegawai polis yang membantu di bawah subseksyen (1)
hendaklah diketuai oleh seorang pegawai kanan polis dan semua pegawai polis sedemikian hendaklah berada di bawah kawalan dan penyeliaan Komisioner Jeneral atau mana-mana pegawai penjara lain yang diberi kuasa secara khas bagi maksud itu.